Selasa, 04 Juli 2017

KUNNUHU ZAT MENURUT KITAB DURRUN NAFIS



Tauhid azzat

ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya

iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala seperti firman allah ta'ala

(ويحذركم الله نفسه)

ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai makrifat akan kunnuhu zatnya

(dan lagi) sabda nabi saw

(كلّكم فى ذات الله أحمق)

ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma'

ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b]

tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini

melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah (shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua

iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala (kata) syechuna al'arifi billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya

 (seperti) sabda nabi saw

(الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا)

bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu

(maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf (pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad ( keduanya) mati ma'nawi namanya

iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya

( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر )

ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar

iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha' ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى)

pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat (الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)

bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta'ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang 'arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan merekaitu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta'ala

seperti firman allah ta'la

(ويحذركم الله نفسه)

ya'ni dipertakuti allah ta'ala daripada sampai ma'arifat akan kunnuhu zatnya

(dan lagi) sabda nabi saw

(كلّكم فى ذات الله أحمق)

ya'ani sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta'ala ahma'

ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu (bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta'ala itu bukan ia [b]'ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia 'ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia 'ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia 'ain yang dijahilkan olih merekaitu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah 'ain yang disyuhud dan iaitulah 'ibadat yang sempurna 'ibadat wallahu 'alam ah (shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta'ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah

(shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta'ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta'ala jua iaitu 'ibarat daripada fana' segala zat kita dan segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk dibawah zat allah ta'ala sekira2 tiada yang maujud melainkan allah ta'ala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada allah ta'ala itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan allah ta'ala jua ertinya ujud yang lain daripada allah ta'ala itu qhoim ia dengan ujud allah ta'ala tiada qoim dengan sendirinya tetapi adalah ujud yang lain daripada allah ta'ala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan dinisbahkan kepada ujud allah ta'ala

(kata) syechuna al'arif billah assyech siddiq bin umar khan rohimallah bermula segala ujud ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akandia didalam mimpi jua tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya tiada baginya ujud yang sebenarnya

(seperti) sabda nabi saw

(الناس نيام فإذا ماتوا التبهوا)

bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati merekaitu baharulah jaga merekaitu

(maka adapun) mati itu dua perkara pada istillah ahli attassawuf

(pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu 'ibarat bercerai ruh daripada jasad

( keduanya) mati ma'nawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya ( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) ya'ni matikan olihmu akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat olihmu kepada abu bakar iaitu 'ibarat daripada mati nafsu yang amarah dan 'ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu fana' dan tiada pada haqiqatnya 'intaha'ahma' (أحمق) buta @ tidak mampu memahami @ sukar dicapai indera-rasa'ain (عين) materi @ kehadhiran @ fenomena @ fatasia ghairullah (غيرالله) bukan ketuhanan @ selain tuhankunnuhu (كنّه) keberadaannya @ keadaannya @ hal manifestasinyama'dum (معدوم) tidak ujud @ tidak dapat dikatakan ada kerana kepastian tiadanya @ tidak juga bolih dikatakan kosong kerana tidak pernah adanyama'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam @ pengertian disebalik tabirmaujud (موجود) kelibat @ keberadaan @ dualisma zat(kata) setengah 'arif

bermula alam ini naskhah alhaq ta'ala (dan) dan kata setengah ini cermin haq ta'ala (kata) assyech alakbar walkibriyat alahmar qadassallahu sirrahu didalam fusus dan apabila adalah haq allah ta'ala itu waqayah bagi hamba pada suatu wajah iaitu keadaan haq ta'ala itu zhohir ia didalam cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu waqayah bagi haq ta'ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zhohir ia didalam cermin haq ta'ala maka jadilah haq ta'ala itu bathin

(maka engkau katalah) hai salik pada sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barangyang engkau kehendaki dengan segala 'itibar yang bersalah2an (jikalau) engkau kehendaki maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin haq ta'ala dengan 'itibar keadaan hamba itu waqayah akan ujud haq ta'ala iaitu (شهود الكثرة فى الوحدة ) ertinya pandang yang banyak didalam yang satu

(kata) syech sahami qadassallah sirrahu sebab didahulukan 'itibar ini kerana terlebih sukar pada memfahamkan dia kepada segala akal orang awam (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq ta'ala ertinya rupanya yang zhohir ia pada cermin makhluk dengan 'itibar keadaan haq ta'ala itu waqayah akan hambanya iaitu (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang yang satu dalam yang banyak (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akandia itu haq allah ta'ala pun ia dan makhluk pun ia dengan 'itibar zhohir tiap2 satu daripada keduanya didalam cermin yang lain serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana

bahawanya segala 'itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu haq ta'ala yang tiada mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu (dan jika engkau) kehendaki maka engkau kata akan dia itu bukan ia haq allah ta'ala pada tiap2 wajah dan bukan ia makhluk pada tiap2 wajah dengan 'itibar beza antara dua cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu daripada zat (kata) syech abdul ghoni an nablussi qadassallahu sirrahu (bermula) murad keadaannya itu bukan ia haq ta'ala pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia 'itibar haq ta'ala itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia makhluk pada tiap2 wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan 'itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha'(dan) jika engkau kehendaki

maka engkau kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zhohir dan mana yang bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan 'itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain (maka apabila) engkau kenal dan engkau ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu hai salik yang dituntut olih tiap2 seorang daripada segala orangyang mutaqin akan mertabat ujud dengan 'itibar zatnya dan zhuhornya dan jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang demikian itu (dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas haq ta'ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi allah ta'ala nescaya tiada menkhabarkan segala rasul itu dengan tahwil ya'ani yang warid daripada allah ta'ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil haq allah ta'ala itu pada segala rupa (kata) syech abdul ghoni alnablussi qadassallahu sirrahu

bermula murad dengan tahdid yang harus bagi allah ta'ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada haq ta'ala tiada berubah pada sekira2 bathinnya atas barangyang ada atasnya yang maha besar lagi maha mulia intiha'faqad (فقط) semata2 @ jua @ cuma @ hanyahaq (حق) milik @ haqiqat @ kebenaran'itibar (إعتبار) metafora @ kiasan @ gagasan kaedah @ jalan pertunjukmurad (مراد) tujuan @ bermaksud @ mendatangkan ma'ana dan ma'anitamyiz (تمييز) perbezaan @ mencerai2kan hingga mendatangkan desriminasi atau kelainantahdid (تحديد) menentukan @ mempuat keputusan @ menetapkan @ kata penghujungtahwil (تحويل) penukaran @ pelencungan @ pengobahan @ tidak telus dikaitkan dengan asal bicara thabit (ثابت) yg menetapkan @ memutuskan @ tidak berobahwaqayah (وقاية) penjelmaan @ tajalli @ keberadaan @ kehadiran @ penyataan diriiaitu barang seatu daripada ahadiyat

bahawasanya allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa yang dimungkarkan maka firman ia (انا ربّكم الأعلى) ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka (نعوذ بالله منك) ertinya berrlidunglah kami dengan allah ta'ala daripadamu kemudian maka tajalli ia pada rupa segala 'itiqad merekaitu maka sujudlah merekaitu baginya (maka apabila) adalah sekelian yang ada itu daripada martabat haq allah ta'ala serta

bahawasanya baginya itu tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan daripada sekira2 'adam (maka) janganlah engkau pandang akan 'ain itu samaada didalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makahluk melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya samaada hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada sekira2 ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkandia daripada segala perkara intiha'

TAUHIDUL ASMA' MENURUT KITAB DURRUN NAFIS

 
SYEIKH MUHAMMAD NAFIS AL-BANJARI 

Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma’ ertinya mengesakan allah ta’ala pada segala nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan
(shahadan) bermula kifiyat mengesakan Allah ta’ala pada segala asma’nya itu iaituseperti bahawa engkau pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan matahatimu bahawasanya segala asma’ itu kembali kepada ia kepada esa allah ta’ala
ya’ni segala yang bernama di dalam alam ini sekeliannya menzhohir asma’ iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya allah ta’ala sendirian jua dan ujud segala alam ini hanya khayal dan waham juadengan dinisbahkan kepada allah ta’ala maka sebab itulah kembali segala asma’ itu kepada yang maujud iaitu allah subhanahu wata’ala dan ujud allah itu qhoim ia pada segala asma’ dan zhohir ia dengan dia itu satu jua ya’ni bahawasanya segala asyia’ itu kezhohiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zhohir dengan segala asyia’ itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul maha tinggi allah ta’ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat mithal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua 

(ada pun) Allah subhanahu wata’ala itu maha suci dan maha tinggi seperti yangdimithalkan itu iaitu seperti kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnyakuning dan setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia di antara bumi dan cahaya benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap2 sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat matahari itu serta yang demikian itu zhohir ia dengan segala sifat sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua

(maka) bicarakan olihmu akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani allah ta’ala akan dikau pada barangyang engkau dapat akandia muafakat ia bagi barangyang kami mithalkan akan dia itu.

(setelah itu) hai segala saudaraku yang arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak ta’ala atasmu menselak2 daripada dinding menzhohirnya dengan dua isim yang menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala menzhohirnya itu didalam diri ahadiyah Allah ta’ala
apabila tajalli allah ta’ala dengan asma’nya zhohir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan ini sekeliannya diri haq ta’ala ertinya daripada sekira2 zhohir akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan kekalannya dan bahawasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi tiada kuasa ia membezakan antara sesuatu daripada segala akuan ini ertinya daripada sekira2 bahawasanya[color blue] akuan itu sekeliannya makhluk allah ta’ala ya’ni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi memandang ia akan allah ta’ala itu haqiqat bagi segala akuan itu seperti
Firman yang maha tinggi
ertinya “Barang di mana ada kamu maka adalah disana ujud Allah”
 (ya'ni) barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu atau rohmu atau akalmu adalah disana ujud Allah

(shahadan) ketika itulah keluar satah daripada lidah hamba itu ya'ni mengeluarkan perkataan yang tiada diredhoi olih syara' maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang ujud allah yang mutlaq 

(seperti kata)  Syech Abdul Karim Aljalili qadassallahu sirrahu:”
“Bermula terdinding hamba daripada memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak ta’ala maka iaitu menjadikan hamba itu mengata tiada yangmaujud didalam ujud ini melainkan ujud allah ta’ala bermula yang demikian itu kerana adalah maboknya dan ghoibnya seperti barangyang jatuh bagi halaj maka perkataan orangyang mabok itu tiada bolih dipegang intiha’ maka sebab itulah
(kata) Sultan auliya’ Maulana Alsyech Abdul Qadir jailani qadassallahu sirrahu :
“jikalau halaj itu ada masa aku nescaya akan aku ambil ia dengan tanganku ya’ni aku tegahkan akan orangyang hendak membunuh dia intiha’

(bermula yang pertama) daripada dua isim seperti isimnya (jami’) ertinya yang menghimpunkan iaitu menghimpunkan bagi sekelian mazhar ini iaitu syuhudul kasrahfil wahdah ya’ni pandang banyak yang banyak pada yang satu muradnya sekelian alam ini daripada zat allah ta’ala satu jua tiada daripada yang lainnya (dan yang kedua) daripada dua isim itu seperti isimnya (mani’) ertinya menegahkan dengan zatnya itu bagi segala mazharnya iaitu zhohir ia daripada yang lainnya bermula muradnya itu daripada zat allah ta’ala jua terbitnya sekelian alam ini
(maka)adalah hasilnya adalah dalallah dua isim itu terhimpun sekelian alam ini kepada allah ta’ala dan tertegah daripada lainnya ya’ni]permulaan daripada allah ta’ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada allah ta’ala jua
(seperti) firman allah ta’ala:
ertinya “Dan bagi allah ta’ala jua permulaan segala perkerjaan dan kepadanya kembali mereka itu”(setelah itu) maka apabila engkau pandang bahawasanya yang murah itu daripada allah ta’ala jua dan yang zhohir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernamakarim jua dan demikian lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu daripada allah ta’ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnyayang bernama sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim allah ta’ala dan seperti demikian itulah tiap2 orangyang bernama dengan barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau pandang mazhar asma’ allah ta’ala jua
(shahadan) kata setengah daripada ‘arif billah : “ tiada bagi allah ta’ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma’ani hanyasanya yang ada baginya itu asma’ jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil (suatu daripadanya) naqli iaitu quran dan hadith kerana tiada datang dalam quran dan hadith mengatakan bahawasanya allah ta’ala itu bersifat dan hanyasanya yang datang didalam quran dan hadith itu asma’ jua
(seperti) firman allah ta’ala
ertinya “Dan bagi allah ta’ala itu berberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya”
(maka) menentukan allah ta’ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat
(dan lagi) sabda nabi saw:
ertinya “Dan hanyasanya yang kamu seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2 padahal serta kamu barang di mana kamu”
(dan keduanya daripadanya) ‘aqali iaitu pada akal bahawasanya allah ta’ala itu jikalau ada ia bersifat nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan yang majhul

(bermula allah ta’ala) itu terlebih ma’rifah daripada segala ma’rifah tiada berkehendak ia kepada sifat yang mengenal dia iaitu maha suci allah ta’ala itu daripada bersifat dengan sebab ma’ani yang demikian itu
 (dan lagi pula) betapa disifatkan allah ta’ala itu padahal ia menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas quran dan hadith yang tersebut itu
 (shahadan) maqam inilah ya’ni maqam tauhidul asma’ maqm yang kedua daripada segala maqam ‘ariffin yang dianugerahkan allah ta’ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan samarah maqam pertama yang pertama itu maqam orangyang sentiasa memandang wahdatul af’al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada maqam yang diatas iaitu tauhidus sifat iaitu maqam yang ketiga daripada segala maqam ‘ariffin

RAHASIA BISMILLAH DALAM SEBUAH PREFEKSTIF




RAHASIA BISMILLAH DALAM SEBUAH PREFEKSTIF
---------------------------
RAHASIA ALIF : Didalam lafadz Bismillah sebenarnya Alif adalah Ahadiyah, dan disebut juga Alif dzatul wahid, Alif sebagai tanda adanya alam Ahadiyah
.
yaitu tanda adanya dzat sejati, dan sebagai bukti nyata hanya ada Aku semata tidak ada yang lainnya Yang mempunyai Cahaya Kehidupan
.
Yaitu Hidup yang Menghidupi yang disebut AIR CAHAYA ALIF atau disebut juga dengan AIR SEJATI atau PENGUASA AIR, dan juga dinamakan AKU YANG HIDUP atau SATU RUPA YANG MERUPAKAN TEMPAT MENYATUNYA ANTARA HIDUP DAN MATI
.
Didalam alam ini masih berupa wujud mahdi atau wujud dzat sejati atau wujud tunggal, hidup tunggal, rasa tunggal, belum ada yang lainnya dan disebut LATA'YUN
.
yaitu Dzat yang wujud dengan sendirinya tanpa ada yang mewujudkan, hidup sendiri tanpa ada yang menghidupkan
.
Dalilnya terdapat didalam kitab suci Al Qur’anul Karim "Qul huwallahu ahad" artinya Katakanlah Wahai Muhammad kepada seluruh umat, kalau sebenarnya AKU itu adalah dzat tunggal, rasa tunggal atau Esa, yang menjadikan alam dunia dan seisinya
-------------------------------------------------
RAHASIA BA' : Didalam lafadz Bismillah sebenarnya Ba' menunjukkan adanya alam Wahdah, Adanya alam wahdah menunjukkan sifat sejati, dan disebut SEJATINYA MUHAMMAD atau Hakekat MUHAMMADIYAH, dan juga disebut NYATANYA DZATULLAH, atau adanya SEJATI NURULLAH, dan disebut SEJATINYA NUR MUHAMMAD, dan nyata kenyataannya Aku yang telah menjadikan seluruh alam dunia
.
Jadi harus mengerti bahwa Alif didalam lafadz Bismillah adalah yang menjadikan semua hidup dan semua ruh, Sedangkan huruf Ba' yang menjadikan wujud nyata semua alam
.
Oleh karena itu hidupnya semua alam dunia dikarenakan adanya Alif (Bathin) dan Ba' (Dzahir) didalam lafadz Bismillah, Karena itu Alif dan Ba' didalam lafadz bismillah itulah yang menjadi BAPAK dan IBU seluruh Alam dunia
.
Dan Alif lafadz Bismillah itu disebut NURULLAH sedangkan Ba' lafadz Bismillah itu disebut SEJATINYA NUR MUHAMMAD, Kemudian Nurullah dan Nur Muhammad menyatu menjadi satu kesatuan yang tak terpisah sehingga tidak dapat lagi dibedakan
.
Didalam kehidupan nyata berkumpulnya Nurullah dan Nur Muhammad disebut sebagai kumpulnya antara pria sejati dan wanita sejati yang disebut sebagai Nur Ma’ani
.
Dalilnya ada didalam kitab suci Al-Qu’anul Karim "Nuurun ‘ala nuurin yahdillaahu linuurihi man yasyaau yakhribullaahul amtsaala linnaasi wallaahu bikulli syaiun ‘aliim."
.
Dengan adanya Nur tersebut, sebenarnya Aku ingin memberitahukan kepada semua makhluk ciptaan-ku dan agar manusia mengetahui bahwa sebenarnya AKU maha mengetahui terhadap semua ciptaan-ku
-------------------------------------------------
RAHASIA SIN : Didalam lafadz Bismillah sebenarnya Sin itu menunjukkan akan adanya alam wahidiyat, yaitu adanya ilmu yang tiga dan Asma yang tiga pula, Yang disebut dengan ilmu yang tiga adalah : AHADIYAH, WAHDAH, WAHIDIYAH, dan yang disebut Asma yang tiga adalah : ALLAH, MUHAMMAD, ADAM
.
Sesungguhnya ALLAH adalah Dzat yang Sejati, MUHAMMAD adalah Sifat yang Sejati, dan 
ADAM adalah Asma yang Sejati, yaitu NYATANYA RASUL, Rasul adalah Nur yang hidup dari Nurullah yaitu NYATANYA ADAM, dan Adam yang menjadi Bapaknya semua manusia dibumi ini
-------------------------------------------------
RAHASIA MIM : Didalam lafadz Bismillah sebenarnya mim itu menunjukkan akan adanya ROH IDHAFI, dan Roh idhafi menyatakan adanya MANUSIA SEJATI, dan menunjukkan adanya AF'AL SEJATI
.
Rangkaian Huruf Sin dan Mim menunjukkan adanya Alam Arwah, Alam Misal, Alam Ajsam dan Alam Insan Kamil, yaitu nyatanya Asma Allah yang merupakan asma dzat mutlak, Nyatanya Muhammad adalah sebagai pengganti dzat yang nyata, Sehingga sejatinya Allah adalah Dzat nyata yang diwujudkan didalam Muhammad
.
Dan disebut dzahirnya MUHAMMAD tetapi Hakekatnya ALLAH atau Nyatanya ALLAH TA'ALA atau nyatanya AKU atau HU, Nyatanya Muhammad yaitu nyatanya Alam Ajsam yaitu 
nyatanya asma rasul dan rupanya Adam Idlafi, Yang menjadi badan dan nyawa ATAU Rasa Tunggal
.
Dan bagi yang mengetahui arti dua kalimat syahadat berarti sudah mengerti sejatinya Allah dan mengerti sejatinya Muhammad, mengerti sejatinya dzahir dan mengerti sejatinya bathin, yaitu dzahirnya nabi bathinya wali, dzahirnya Muhammad bathinya Allah
.
Dan disebut jasad Muhammad hidupnya adalah Allah, Dan yang sudah mengerti sejatinya badan dan mengerti sejatinya hidup, yaitu nyata sejatinya bapak dan ibu
.
Sifat Jalal itu Nurullah yaitu Pria sejati dan sifat Jamal itu Nur Muhammad yaitu Wanita sejati, Sifat Jalal itu kuasa mengeluarkan besi, Sifat Jamal itu kuasa mengeluarkan batu, Bercampurnya besi dan batu menjadi api
.
Ibaratnya api itu adalah bercampurnya raga dan hidup atau jasad dan ruh, dan tidak akan ada anak kalau tidak ada ibu dan bapaknya
.
Dan tidak akan ada Wahidiyah kalau tidak ada Ahadiyah dan Wahdah, Jadi Ahadiyah melahirkan Wahdah, Wahdah melahirkan Wahidiyah, Wahidiyah melahirkan semua alam yang lainnya
.
Ahadiyah maqamnya dzat, Wahdah maqamnya sifat, Wahidiyah maqamnya asma, semua yang ada di alam maqamnya Af’al dan tidak mungkin ada af'al bila tidak ada asma, tidak ada asma kalau tidak ada sifat, sebab semua af'al, Asma, Sifat adalah HAKIKATNYA DZAT
.
Jadi apabila hamba sudah bisa fana’ Dzat dan fana’ Sifat serta fana’ Af’al, akan bisa Kamal, Kalau sudah bisa Kamal akan bisa Qohar, yaitu keadaan dzahir dan bathin sudah bisa kumpul menjadi satu
.
Makanya engkau harus mengerti berkumpulnya antara jasad, roh, rasa Allah yang mendalam itu seperti bercampurnya pria dan wanita
.
Semoga Allah memberikan pemahamanNya pada siapa saja yang membaca postingan ini, karena hanya Dialah Dzat yang memiliki segala Ilmu dan ke Fahaman tersebut